Monday 28 December 2015

Cinta Halal



menjadi kebiasaan hujung2 tahun begini ramai yg mengambil kesempatan utk melangsungkan perkahwinan.Tahniah di ucapkan kpd mereka2 yg baru sahaja mendirikan rumah tangga,semoga kekal bahagia hendaknya.Sememangnya cinta yg halal itulah yg diimipi oleh setiap insan.Tp hri ini agak sukar utk kita mendapatkannyat,perkara ini disebabkan oleh trend khidupan hri ini yg byk mengikuti cara hidup msyarakat barat.Bahkan ada segelintir di antara kita yg memandang enteng perkara ini.Ingatlah budaya dan adat kehidupan kita sebagai masyarakat melayu islam yg amat menjaga tatasusila serta kesopanan yg tinggi.Sesungguhnya cinta halal itulah yg mampu menjadi menyeri di mahligai bahagia yg bakal di bina.Cinta halal yg dicari,dapat menghalang maksiat yg sering di kaburi,itulah penerus generasi yg di cintai Illahi,agar kita kekal abadi sehingga menuju ke ukhrawi.Gerbang perkahwinan yg di bina bukan utk mencari populariti tp menjadi amanah drpd Illahi utk kita beramal dgn apa yg diberi.-maaf saya belum kahwin

Monday 17 August 2015




Cuba kau duduk seketika..saat kau besendirian.Peganganlah dadamu(hati) usaplah ia dengan penuh kelembutan.Setelah itu lihatlah kembali tanganmu itu.Adakah kesan pada tangan yang mengusap hatimu  itu penuh dengan keindahan atau sebaliknya.Sekiranya indah,ternyata dirimu cukup berharga.Tapi tidak semua manusia seperti itu.Bicaralah pada diri juga Tuhan Yg Maha Mendengar rintihanmu itu.Wahai Yg Maha Berkuasa dosaku menggunung tinggi tapi rahmatMu melangit luas.Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatMu diberi.Bila selangkah ku rapat padaMu seribu langkah Kau rapat padaku.Tuhan dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta.Lalu terheretlah aku di lorong gelisah luka hati yang berdarah kini jadi kian parah.Tuhan walau taubat sering kumungkiri namun begitu pengampunanMu x pernah bertepi.Ayuh semua kita bersihkan kembali hati yang kotor itu.Agar kita menjadi insani yang diredhai Illahi mencapai nikmat syurgawi.Satu harapan yang membawa kita ke medan pengampunan,

Monday 25 May 2015

Inilah kawan,teman,rakan,dan sahabat


Ini Satu Perjalanan

kawan,teman,rakan mahupun sahabat...
merekalah antara insan yang mewarnai perjalanan ini...
mencari satu identiti diri,
demi merealisasi impian yang di ingini...
susah payah dirasai bersama...
riang gembira tidak pernah dilupa...
kerana mereka pencetus azimat perjalanan ini...
terima kasih untuk kalian..
yang tidak pernah jemu memberi sokongan...
andai Tuhan tidak menghantar kalian...
mungkinkah perjalanan ini menjadi tidak keruan...
seperti insan yang kehilangan harapan...
suara kalian menjadi azimat..
untuk aku bangkit semula...
mengejar misi yang utama..
mencari keredhaan yang MAHA KUASA
perjalanan ini masih jauh..
doakan aku terus tabah dalam menghadapinya....

Friday 22 May 2015

saat kecil yang indah



saat kecil yang indahkau bebas ketawa riang dan gembira...tiada duka dan lara yang datang melanda..hanya melalak bila tidak dapat apa yang dipinta...kerana kau insan kecil yang tak tahu apa...saat kecil yang indahkau dilayan bagai tuan..selalu perolehi apa yang kau pesan...ibu melayani bagai nak pengsan...sedangkan kau meronta tika dibuaian...yang hanya inginkan buaian...saat kecil yang indahsenyumanmu menjadi pengubat..pabila ayahmu pilang dari pejabat..lantas tangannya kau jabat..

bahunya kau peluk penuh erat...

saat kecil yang indah.